Khamis, 29 Disember 2016

Pautan Laman Sesawang Belajar Bahasa Siam

Sebenarnya, kelompok penutur bahasa Siam dalam kalangan penganut agama Islam di Malaysia semakin berkurangan. Sekarang ini aku rasa penutur bahasa Siam di Kedah yang mampu berbahasa Siam loghat selatan pun cuma dalam kalangan mereka yang berusia 50an ke atas. Ada juga selebriti di Malaysia yang berasal dari negeri Kedah dan boleh berbahasa Siam seperti Bront Palarae. Mak dia orang Thailand berketurunan Punjabi dari wilayah Songkhla. Beliau pun boleh dikira sebagai veteran juga kerana hampir masuk ke usia 40an.

Pandangan aku, boleh diakses di sini.

Berikut adalah daerah-daerah di negeri Kedah yang mempunyai kampung-kampung berbahasa Siam dan didiami oleh penduduk Muslim:
  • mukim Wang Tepus atau Bagan, daerah Kubang Pasu
  • mukim Pokok Sena, daerah Kota Setar
  • daerah Baling
  • daerah Pendang
  • daerah Sik
Bahasa Siam di sebelah Baling dan Sik mungkin dipengaruhi oleh bahasa Siam loghat Narathiwat dan Takbai. Sementara di sebelah Perlis, bahasa Siam mereka yang tinggal berdekatan dengan Padang Besar dan sempadan selalunya kurang berbeza dengan mereka yang di Thailand. 

Silakan klik pada pautan-pautan berikut untuk rujukan supaya bermanfaat:
Terdapat beberapa tempat yang tidak melibatkan premis keagamaan atau biara bagi mereka yang bukan penganut ajaran Buddha jika berminat untuk belajar bahasa Siam atau bahasa Thai.* Contohnya, boleh merujuk kepada:
  • Pusat Pengajian Bahasa di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM), Shah Alam
  • Pusat Bahasa Universiti Sains Malaysia (USM);
  • Fakulti Pengajian Bahasa Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.  
Pautan dengan wahana berbahasa Melayu adalah seperti berikut:
Jika belajar sendiri maka, gunalah pautan yang diberikan itu. Tetapi harus berdisiplin dan konsisten. Selamat belajar sendiri, terima kasih.